Sunday 11 December 2011

Saya pengguna blog baru

Ini adalah kali pertama bagi  saya mereka bentuk blog sendiri. 
Walaupun ia amat mengambil masa saya untuk belajar dan mereka bentuk blog ini.tetapi saya bersyukur kerana terdapat kawan sanggup menolong saya di mana dia meluangkan masa untuk mengajar saya membuka blog, mengeposts maklumat, mereka bentuk blog. Sebanyak sedikit saya telah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas membentuk blog ini berbanding dengan dahulu yang tidak tahu apa-apa. 
Bagi saya, proses penghasilan blog ini amat menyeronokkan walaupun saya masih kurang mahir dalam teknik teknologi ini tetapi apabila melihat sesuatu hasilan dipapar keluar dalam blog, ia memang merupakan suatu perkara yang mengembirakan.
Diharapkan pada waktu kelak saya masih dapat peluang untuk belajar dengan lebih mendalam tentang pembinaan blog ini. Ini disebabkan saya berpendapat blog ini merupakan suatu saluran baik untuk kita berkongsi maklumat, pengalaman, detik-detik kehidupan kita. Ia juga membolehkan kita memperoleh maklumat dan pengetahuan baru melalui perkongsian antara orang ramai.